Blog Post

07 Mar
By: Legasi 0

Islam Hadhari

Pendekatan Islam Hadhari adalah gagasan besar yang telah diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, buat julung kali dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agung UMNO kali ke-55 pada 23 September 2004 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bagi memantapkan lagi konsep Islam Hadhari, sebuah Institut Islam Hadhari, UKM telah ditubuhkan pada 10 Mei 2007, ia kemudian diperlengkapkan Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu yang menjadi mercu tanda baru Malaysia yang telah dirasmikan pada Februari 2008.

 

Islam Hadhari juga telah dijadikan Dasar Nasional dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam menjelang 2020. Ia memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dibina melalui pegangan ajaran agama Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan dan kemajuan melalui penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.

Sepuluh panduan Islam Hadhari telah diperkenalkan bagi memastikan pencapaian pelaksanaan Pendekatan tersebut iaitu:-

 

  1. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah
  2. Kerajaan adil dan beramanah
  3. Rakyat berjiwa merdeka
  4. Penguasaan ilmu pengetahuan
  5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
  6. Kehidupan berkualiti
  7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
  8. Keutuhan budaya dan moral
  9. Pemeliharaan alam semula jadi
  10. Kekuatan pertahanan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *