Blog Post

07 Mar
By: Legasi 0

Pembangunan Koridor Ekonomi

Di bawah kepimpinan Tun Abdulah Ahmad Badawi, pembangunan lima Koridor Wilayah telah dilaksanakan bagi merapatkan jurang pendapatan antara rakyat. Inisiatif ini membabitkan penyediaan infrastruktur dan memanfaatkan sumber-sumber yang terdapat di kawasan luar bandar untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi. Pembangunan ini adalah sebahagian dari inisiatif dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pendekatan akhirnya adalah untuk memastikan adanya pengagihan, peluang dan pelaburan yang bermutu dan adil bagi semua kawasan koridor :

 

  1. Wilayah Ekonomi Johor Selatan atau lebih dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) telah dilancarkan pada 4 November 2006
  2. Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dilancarkan pada 30 Julai 2007 meliputi Kedah, Perlis, Seberang Perai dan Perak Utara
  3. Koridor Pantai Timur atau Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dilancarkan pada 29 Oktober 2007 merangkumi Kelantan, Terengganu dan Pahang
  4. Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dilancarkan pada 18 Januari 2008

Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) dilancarkan pada 11 Februari 2008

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *