Blog Post

07 Mar
By: Legasi 0

Misi Nasional

Semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-9 pada 1 April 2006, Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Kewangan telah memperkenalkan Misi Nasional sebagai penggenap dan pelengkap kepada Wawasan 2020. Misi Nasional sebagai rangka dasar dan pelaksanaan pembangunan terdiri daripada lima teras utama iaitu:

 

  1. Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara,
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’.
  3. Menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi secara membina dan produktif,
  4. Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan
  5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara

 

Pembangunan modal insan telah menjadi agenda utama dalam Misi Nasional. Kepentingan pembangunan modal insan adalah berkaitan dengan peningkatan tahap pendidikan, kemahiran, akhlak dan berkeyakinan sepertimana dalam ucapannya semasa merasmikan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-48. “Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, yang mempunyai hemah yang tinggi, yang berjiwa besar, cintakan negara dan mereka juga mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani”.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *