Blog Post

07 Mar
By: Legasi 0

Pelan Intergriti Nasional

Tun Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004 di Putrajaya, PIN merupakan pelan jangka panjang yang menyeluruh, lahir daripada aspirasi rakyat dan pemimpin berdasarkan Cabaran Keempat Wawasan 2020 iaitu untuk “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”.

Serentak dengan pelancaran PIN, kerajaan menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai agensi penyelaras dan pemantauan pelaksanaan PIN. Pelancaran PIN dan penubuhan IIM merupakan pendorong utama ke arah usaha dan pencapaian agenda integriti negara.

Pada tahun 2008, pelaksanaan PIN telah diperhebat dengan lahirnya misi TEKAD 2008. Lima sasaran keutamaan TEKAD 2008 bagi pelaksanaan PIN (tahun 2004-2008) iailah:

  1. Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan,
  2. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi,
  3. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan,
  4. Memantapkan institusi keluarga dan komuniti, dan
  5. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

 

Akademi Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga telah ditubuhkan iaitu yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik bagi membuktikan kesungguhan Malaysia untuk membanteras rasuah. Kewujudan akademi ini membawa makna besar kepada usaha berterusan negara menangani masalah rasuah secara serius. Dengan adanya akademi ini, ia turut melengkapkan matlamat penggubalan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *