SEJARAH PERTUBUHAN LEGASI TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi ditubuhkan di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Pertubuhan ini telah didaftarkan secara rasmi pada 4 September 2016 dengan nombor pendaftaran PPM-006-16-04092016. YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan berbesar hati telah bersetuju untuk menjadi Penaung Pengasas kepada pertubuhan ini manakala YBhg. Dato’ Jefridin Hj. Atan merupakan Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga merupakan Pegawai Khas kepada YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Secara amnya, pertubuhan ini merupakan Jawatankuasa Induk yang akan menganjurkan program bersifat ilmiah dan advokasi seperti syarahan umum, forum dan bicara negarawan termasuklah negarawan terdahulu hinggalah kini. Namun begitu, aktiviti yang dianjurkan pertubuhan akan berfokus kepada legasi utama yang telah diilhamkan oleh YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi seperti pembangunan Modal Insan, Islam Hadhari, Pelan Integriti Nasional, Misi Nasional, Pembangunan Koridor Ekonomi, Halal Industri, Dunia Waqaf dan Integriti. Legasi atau dasar ini tetap kekal relevan merentasi masa walaupun tidak lagi memegang jawatan pentadbiran dalam negara pada masa kini.

Antara objektif utama penubuhan adalah untuk melaksanakan penganjuran Syarahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan legasi kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menjadi medium pusat rujukan kepada pihak awam bagi legasi kepimpinan negarawan Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

Pertubuhan Legasi kini beroperasi di Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi, Jabatan Perdana Menteri, Aras 9 dan 10, Menara Prisma, No. 26, Persiaran Perdana 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sebarang perhubungan dengan pihak Pertubuhan Legasi boleh dicapai melalui Dr. Muhammad Hakimi (03-88881003/03-88881093) selaku Setiausaha dan menerusi emel rasmi Pertubuhan Legasi di [email protected]

Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi
1495 Established
75,399 KM Square
1,435,268 Total Population

AHLI PANEL PENASIHAT

Ahli Panel Penasihat Bekas Setiausaha Politik, Perdana Menteri Malaysia Kel

YBhg. Dato’ Haji Othman Desa

Ahli Panel Penasihat

Ahli Panel Penasihat Felo Penyelidik Utama, Institut Islam Hadhari Princ

Ahli Panel Penasihat Pengerusi Dewina Food Industries Sdn Bhd Chairman O

Ahli Panel Penasihat Pengerusi GD Development Sdn Bhd Chairman Of GD Dev

YBhg. Dato’ Seri David Yeat

Ahli Panel Penasihat
img

SUARA MINDA

“Kejayaan Malaysia pada masa kini merupakan hasil titik peluh dan idealogi Tun Abdullah”

Puan Normah Mohd Zain